Isteri Solehah

Sumber: mediaserius.com
Assalamualaikum,
Hari ini saya akan menulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Sesuatu yang berlainan untuk hari ini. ๐Ÿ™‚
Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang sahabat, bertanyakan khabar tentang ibunya dan antara isi perbualan kami adalah bagaimana untuk menjadi isteri solehah.
Apabila saya sudah berkahwin, prioriti dalam hidup saya sudah berubah. Seiring dengan nota perjalanan hidup yang sentiasa berubah, tiada apa yang tetap dan akan sentiasa ada turun naiknya. Kita perlu mengadaptasikan diri dengan perubahan dan apa yang lebih penting perlu didahulukan. 
Ibu sahabat saya sedang sakit sekarang dan kadang-kala saya teringat akan bagaimana beliau adalah salah seorang tokoh yang memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang isteri solehah. Semoga Allah menyembuhkan beliau secepat mungkin. Amin.
Ketika saya di zaman universiti, saya pernah tinggal di rumah sahabat saya ni satu malam. Keesokan paginya, kami menolong ibu sahabat saya untuk membuat sarapan dan kemudian apabila hampir waktu makan tengahari kami bersama-sama masak di dapur. 
Tetapi apa yang membuat saya sangat ‘amazed’ dengan beliau adalah kerana……. apabila sudah siap masak, beliau mandi, berdandan, memakai baju yang cantik dan kemudian menunggu di hadapan pintu menanti kepulangan suami beliau. 
Ayah sahabat saya adalah seorang pensyarah di sebuah universiti yang berdekatan dengan rumahnya. Jadi ayahnya pulang untuk makan tengahari. 
Apabila suami beliau tiba di pintu rumah, disalam tangan suaminya dan diberikan senyuman yang manis untuk suami beliau.
Inilah….yang saya tak akan dapat lupakan sampai ke hari ini. Satu nasihat yang tidak ternilai untuk saya yang bukan dari kata-kata tetapi dari akhlak dan adab beliau terhadap suami. 
Sesungguhnya saya bertuah kerana mempunyai seorang sahabat yang dapat memalitkan keharuman wangiannya kepada saya seperti sabda Rasulullah SAW.
ุนูŽู†ู’ ุงูŽุจูู‰ ู…ููˆู’ุณูŽู‰ ุฑุถ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุต: ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู’ู„ุฌูŽู„ููŠู’ุณู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูˆูŽ ุงู’ู„ุฌูŽู„ููŠู’ุณู ุงู„ุณู‘ููˆู’ุกู ูƒูŽู…ูŽุซูŽู„ู ุตูŽุงุญูุจู ุงู’ู„ู…ูุณู’ูƒู ูˆูŽ ูƒููŠู’ุฑู ุงู’ู„ุญูŽุฏู‘ูŽุงุฏูุŒ ู„ุงูŽ ูŠูŽุนู’ุฏูŽู…ููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุตูŽุงุญูุจู ุงู’ู„ู…ูุณู’ูƒู ุงูู…ู‘ูŽุง ุชูŽุดู’ุชูŽุฑููŠู’ู‡ู ุงูŽูˆู’ ุชูŽุฌูุฏู ุฑููŠู’ุญูŽู‡ูุŒ ูˆูŽ ูƒููŠู’ุฑู ุงู’ู„ุญูŽุฏู‘ูŽุงุฏู ูŠูุญู’ุฑูู‚ู ุจูŽุฏูŽู†ูŽูƒูŽ ุงูŽูˆู’ ุซูŽูˆู’ุจูŽูƒูŽ ุงูŽูˆู’ ุชูŽุฌูุฏู ู…ูู†ู’ู‡ู ุฑููŠู’ุญู‹ุง ุฎูŽุจููŠู’ุซูŽุฉู‹. ุงู„ุจุฎุงุฑู‰
Dari Abu Musa RA, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan teman duduk yang shalih dan teman duduk yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan perapian tukang besi, tidak boleh tidak akan kamu dapati dari penjual minyak wangi itu, boleh jadi kamu membelinya atau mencium bau harumnya, sedangkan perapian tukang besi membakar badanmu atau pakaianmu, atau kamu mencium bau busuknya”.
[HR. Bukhari -Volume 7, Book 67, Number 442]
Semoga Allah merahmati sahabat saya dan keluarganya dengan kasih sayangNya. Amin.
Kembali kepada perbualan kami tentang bagaimana untuk menjadi isteri solehah, sahabat saya mencadangkan saya untuk mendengar slot Pesona DยดZahra dari siaran Radio IKIM (Institusi Kefahaman Islam Malaysia).
Pesona DยดZahra ini dikelolakan oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Al-Amin) bersama DJ IKIM membincangkan membincangkan isu-isu rumahtangga dan kekeluargaan. Apabila saya cuba dengar satu slot…secara jujurnya..Alhamdulillah, inilah yang saya cari-cari selama ini. 
Youtube adalah penyumbang terbesar. Saya telah memuat turun video slot dari Pesona DยดZahra dan menukar format video kepada MP3 supaya mudah untuk saya dengar apabila saya mengemas rumah, mencuci pinggan, memasak dan sebagainya dengan menggunakan telefon pintar saya. 
Semoga kita sentiasa istiqomah untuk memperbaiki diri setiap hari. Amin.
Sedikit petikan dari ucapan Ustaz Amin
“Kita mungkin telah belajar dalam ilmu lain seperti undang-undang, ekonomi, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya hingga ke peringkat ijazah, master, phd dan sebagainya TETAPI ilmu rumahtangga pun kita perlu pelajarinya. Kita mungkin telah mahir dalam ilmu lain tetapi dalam ilmu rumahtangga kita mungkin di tahap sekolah rendah”.

Ya…itulah saya, saya masih di tahap tadika. 
RELATED:  Iktibar dari Sejarah Andalusia
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of