Rumahtangga Universiti Kehidupan

Musim bunga yang sangat indah ketika ini..Subhanallah. Walaupun di Madrid tidaklah banyak sangat bunga tetapi suhu yang nyaman dan tidak berapa sejuk, langit biru dan matahari yang memancar terang semuanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah dan nikmat yang perlu kita syukuri. Alhamdulillah.
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak ilmu yang saya dapat ambil dari slot Pesona d’Zahrah oleh Radio IKIM yang dikelolakan bersama Ustaz Muhammad Abdullah.

Kalau bulan lepas setiap kali saya mencuci pinggan, mengemas rumah, melipat baju dan sebagainya saya akan mendengar surah-surah yang saya hendak hafal tetapi dari penghujung bulan lepas hingga ke hari ini, saya penuhi waktu-waktu ini dengan mendengar slot Pesona d’Zahrah di smartphone.
Alhamdulillah, sangat banyak ilmu yang bermanfaat dan perlu saya praktikkan. Semoga Allah merahmati Ustaz Muhammad Abdullah, krew-krew Radio IKIM dan semua yang terlibat untuk menjayakan slot tersebut. Amin.
Sebelum saya bernikah dulu, kami perlu mengikuti kursus perkahwinan sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi alam perkahwinan yang tidak dapat dijangkau oleh minda saya.

Almaklum…a totally unknown territory.

Kursus perkahwinan saya ambil dua kali kerana sekali saya ambil di Putrajaya untuk diri sendiri dan kali kedua di Kota Tinggi, Johor kerana suami tidak boleh memahami bahasa Malaysia jadi saya disuruh oleh ustaz yang mengelolakannya untuk menghadiri bersama bakal suami.
Kursus perkahwinan ini memang bagus sebagai salah satu benteng untuk bersiap siaga tetapi tidaklah lengkap. Hmm…dan saya tidak nafikan kerana jangka masa kursus yang panjang, ada kala juga saya menguap dan tidak menumpukan perhatian kerana mengantuk.
Kini, apabila saya mendengar nasihat-nasihat dari Ustaz Muhammad Abdullah, saya terfikir sejenak alangkah bagusnya kalau saya sudah mendengar nasihat-nasihat beliau sebelum saya berkahwin lagi. Kira-kira beberapa bulan sebelum berkahwin dapat dengar slot-slot ini pun dah cukup bagus. Apapun…Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya saya tidaklah mengagau.

Kerana…saya masih clueless. Yakni…men are from mars, women are from venus. Berapa banyak pun buku yang saya dah baca, berapa banyak pun ceramah yang saya dengar saya takkan dapat memahami kehendak, sikap dan ‘mood swing’ seorang lelaki yang bernama suami sehingga saya melalui ‘battle ground’ itu sendiri.

Saya pernah dengar Ustaz Muhammad Abdullah bercerita tentang sepasang suami-isteri lebih kurang begini:

Si Suami: Abang mahu awak tahu mood abang lepas balik kerja dengan tengok macam mana keadaan ‘neck tie’ abang. Kalau nampak kemas dan cantik je masa abang sampai rumah. Maksudnye mood abang baik. Tapi kalau nampak longgar sikit, maksudnya tak baik. Kalau terus longgar atau tak pakai langsung masa tu memang mood langsung tak bagus. Masa tu awak cuma sediakan air je dan jangan bercakap dengan abang.
Si isteri: Sekarang abang pula kena tahu mood saya macam mana. Kalau masa abang balik rumah dan tengok tangan saya bercekak di pinggang, tahulah abang bahawa saya kisah apa kalau mood abang tak bagus ke atau ‘neck tie’ abang tak de hari tu.
Hahahaha….betapa pentingnya kita perlu mengetahui mood pasangan kita. Tidaklah kita saja yang betul atau suami saja yang betul. 
Saya pernah berkata pada suami saya yang saya tidak pandai memasak dan saya risau kalau-kalau suami tak mampu nak telan masakan saya. Kalau menurut ceramah oleh Ustaz Muhammad Abdullah, ini adalah dikategorikan dalam sifat mazmumah saya.
Setiap manusia – hamba Allah, didatangkan dengan satu set sifat mazmumah dan cabaran masing-masing yang sangat unik.

Nasihat oleh Ustaz – dunia ini bukan untuk dirisaukan, tapi untuk diuruskan.

Kalau sifat mazmumah saya adalah tidak pandai memasak, maka apa yang saya perlu buat?
1-motivasikan diri untuk tanam minat memasak
2-belajar memasak dari kelas profesional / ibu/ ibu mertua / rakan-rakan yang arif memasak/ youtube
3-ketahui apa makanan kegemaran suami

Makanan kegemaran suami

Mengikut ceramah beliau, kegemaran suami ini boleh berubah-ubah. Kalau kata suami ini kerjanya jenis yang selalu makan di hotel kerana tugas maka seorang isteri mestilah ‘upgrade’ cara memasaknya jugak sesuai dengan kehendak dan keinginan suami.
Disinilah pada pendapat saya, perlunya seorang isteri untuk:
1-bertanya pada suami makanan kegemarannya atau apa yang dia hendak makan hari ini
2-belajar dari yang arif
3-aplikasi cara memasak atau resepi yang dipelajari
4-minta feedback dari suami
5-menyesuaikan diri dengan suasana – dari segi ekonomi keluarga, dari segi kesihatan pasangan dan sebagainya
Saya pernah tanya suami lepas dia makan masakan saya. Dia kata, mudah saja…kalau dia makan sampai habis licin tu maksudnya sedaplah tu atau kalau dia nak mintak tambah lagi. Kalau dia makan sikit dan tak habis, maka tak kena dengan selera dialah tu.

Tapi ‘curiosity’

saya sangat tinggi maka saya tanya juga lepas dia habis makan. Saya memang suka makan benda masam-masam dan kalau masak sup tu mesti nak ada sikit masam-masam. Suami pula memang suka makan sup kalau waktu makan malam dan musim sejuk.
Suatu hari (selepas menghabiskan semangkuk sup) dia pesan kat saya, jangan masukkan apa-apa benda masam dalam sup dia sebab sup di Morocco atau di Sepanyol tidak masam seperti sup yang saya buat. Almaklum, saya suka tomyam masam-masam gitu jadinya…

clash of culture lah di situ.

Suatu feedback yang menarik asalkan saja kita sentiasa menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka. Yang pasti…SENYUM je. ^___________^
Ada benda yang tidak perlu kita perbesarkan atau pertahankan kecuali benda itu melanggar akidah Islam. Selain dari itu, saya cuma senyum dan pilih perkataan-perkataan yang baik untuk dikongsi bersama.
Tetapi ada juga wanita yang sangat pandai memasak tapi sifat mazmumahnya mungkin di bahagian lain..sebagai contoh: kurang pengurusan diri, kurang mencantikkan diri (untuk suami), bersaiz tidak kurus, berperwatakan kasar dengan suami, tidak amanah dengan harta suami, tidak tahu menguruskan anak-anak dan sebagainya.
Setiap sifat mazmumah ini ada cara penyelesaiannya iaitu dengan….ILMU. Belajarlah untuk memperbaiki diri setiap hari. Dah namanya manusia, memang ada kelemahan diri.

Yang sempurna hanyalah Allah.

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Selepas hampir tiga tahun umur perkahwinan kami, saya sangat setuju sesungguhnya memang perkahwinan ini adalah seperti sebuah universiti. Ada saja benda yang perlu saya pelajari, ulangkaji dan penuh dengan ujian setiap hari. Perkahwinan adalah untuk meningkatkan tahap keimanan dan kesabaran kita.

Seperti kata Ustaz, rule nombor satu dalam perkahwinan: SABAR
Kalau tak boleh, pergi ke rule nombor dua iaitu: KEMBALI KE RULE NOMBOR SATU ^___^

Dan sampai bila kita perlu belajar, perlu menasihati pasangan, perlu memperbaiki diri, perlu bersabar?
Hinggalah sampai ajal kita. Kita hanya akan berhenti apabila kita meninggal dunia dahulu atau pasangan kita meninggal dunia.
Wallahualam.
RELATED:  Hati-Hati Dengan Lelaki Morocco
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of