Kentang Orang Miskin

Malu rasanya nak tulis resepi kat sini. Almaklum, saya memang terkenal dengan ke ‘tak’ pandaian memasak sejak dari sebelum berkahwin. Alasannya..banyak belajar untuk skor periksa berbanding tengok cara-cara mak memasak di dapur. Hahaha…alasan sangat.
Sebenarnya, kalau dah tak minat macam-macam alasan kita boleh bagi, kan?
Hari ini…oleh kerana saya suka resepi yang campak-campak je bahan dia dan tak payah nak melopong tunggu di dapur lama-lama, saya nak masak ‘Kentang Orang Miskin’.
Dalam bahasa Sepanyol di panggil ‘Patata a lo pobre’. Patata = kentang dan pobre = miskin.
Bahan-bahan:
  • 3 biji kentang sederhana besar, potong bulat tebal 0.5cm
  • 1 biji bawang Holland (kuning), hiris bulat
  • 2 biji lada Itali  (boleh ganti dengan lada benggala hijau atau merah)
  • 1/2 camca teh garam dan serbuk lada hitam
  • 1 camca teh daun selasih kering (basil atau albahaca dalam bahasa Sepanyol)
  • 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin lagi baik)
Cara-cara memasak
Letakkan kentang yang telah dipotong bulat dan lapis kan. Lepas tu lapiskan pula lada itali dan seterusnya bawang. Seperti gambar di bawah.
Lada itali ni panjang rupa dia dan mengerekot..boleh tengok kat sini. Di sini dipanggil pimiento italiano. Saya panggil pimiento verde saja. Verde = hijau. 
Saya lebih suka letak lada benggala merah sebab rasa dia lebih manis. Ikut la apa yang ada dalam peti ais masa tu. Sebab tu dinamakan ‘Kentang Orang Miskin’ haha…apa yang ada je campak masuk.
Kemudian tabur garam, serbuk lada hitam dan daun selasih kering. 
Mari belajar bahasa sepanyol sikit. Garam=sal, serbuk lada hitam=pimienta negra molida dan daun selasih=albahaca.
Kemudian letak minyak zaitun extra virgin = aceite de oliva virgen extra. Di Sepanyol ada banyak jenis minyak zaitun. Tabarakallah. 
Sepanyol adalah pengeluar minyak zaitun terbesar di dunia…hmm saya ingat Itali dulu sebab kelambakan minyak zaitun dari Itali di Malaysia dan masakan Itali lagi femes dari masakan Sepanyol.
Boleh tengok ranking minyak zaitun tahun 2015/6 dekat sini. Kebanyak minyak zaitun terbaik datang dari Sepanyol.
Yang saya guna ni bau dia macam buah, fruity = frutado. 1 liter harga dia dalam 4 ke 5 euro. Tapi ini jenama biasa-biasa dan yang jenama yang lebih baik semestinya lebih mahal.
Sebenarnya lebih baik masuk dalam oven dan bakar tapi tahap super saiya malas saya, maka saya tutup saja dengan aluminium foil dan tebuk sikit atas dia dengan pisau atau garpu bagi wap panas keluar bila masak atas dapur.
Masak dalam 20 minit guna api kecil atau sampai dia keluar bau wangi dari dapur dan sampai ruang tamu. ^^
Buka dan lihat dia akan jadi macam gambar di bawah.
Lepas tu saya tutup balik aluminium foil, dan besarkan api hingga tahap sederhana, biarkan 3 minit dan tutup api. Ini untuk bagi kentang di bahagian bawah coklat-coklat rangup..nyammmm..hehe.
Dah siap boleh makan dengan roti Baguette Perancis atau di sini kami makan dengan roti rupa macam Baguette tapi lebih besar sikit saiz dia dipanggil Barra.
Tapi saya semestinya kena buat sambal kicap pedas untuk makan dengan ‘Kentang Orang Miskin’ ni. Tak pedas tak sedap..hehe tekak orang Malaysia.
Resepi ni sebenarnya ada banyak sangat variasi, ikut mak-mak Sepanyol yang masak kat rumah tu dan citarasa masing-masing. Ada satu laman ni dia hanya senaraikan bermacam-macam resepi ‘Kentang Orang Miskin’ atau ‘Patatas a lo pobre’. 
Boleh tengok sini tapi dalam bahasa Sepanyol, ok?
Alhamdulillah, dah siap boleh makan.
Ciao.
RELATED:  Hssoua Belboula
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of