IAP vs LQToronto vs KIBAR

Dalam perjuangan mempelajari bahasa Arab, niat sangat penting sebab bila rasa ‘down’ dan ada bisikan2 yang buat malas nak belajar, cepat2 saya akan kembali kepada niat asal kenapa saya nak belajar bahasa Arab.
Niat saya, 
suatu hari nanti saya akan dapat solat dengan khusyuk kerana saya faham apa yang saya baca dalam solat (taklah sentiasa menerawang je atau separa sedar)
DAN
saya dapat baca Al-Quran tanpa terjemahan. Dapatlah saya lebih cepat menghafaz dan membetulkan tajweed.
Bi iznillah.
Saya sekarang sedang belajar Bahasa Arab Intensif di Islamic Online University. Kursus ini berbayar untuk dua tahun – 4 semester. Kos keseluruhan lebih kurang 550USD atau lebih kurang RM2,300.
Tetapi, saya mula belajar bahasa Arab secara serius adalah dengan LQToronto apabila saya secara tak sengaja terjumpa dengan video di Youtube pada hujung tahun 2014.
Segalanya percuma. Buku teks yang digunakan adalah Madinah Arabic – Buku 1, 2 dan 3 oleh Dr V. Abdur Rahim dan tenaga pengajar di Youtube adalah Encik Asif (warganegara Kanada yang berasal dari Pakistan..kenapa saya nyatakan disini adalah kerana saya rasa ianya penting :)).
Kedua2 kursus di atas adalah dalam medium Bahasa Inggeris.
Kemudian..ketika saya hampir tamat buku 2 Madinah Arabic, saya bercakap dalam hati, “Alangkah baiknya kalau ada pelajaran bahasa Arab di ajar oleh orang Melayu di internet. Mungkin akan lebih faham dari kaca mata seorang Melayu yang memahami bahasa Arab”.
Carian saya diketemukan dengan Ustaz Rusdi pada awal 2016 dan kaedah beliau – KIBAR.
Kerana saya sedang mempelajari ketiga2 modul Bahasa Arab di atas, saya rasa ada baiknya saya ceritakan pengalaman saya belajar Bahasa Arab dengan modul2 tersebut.

LQToronto.

Bermaksud ‘Institute of the Language of the Quran Toronto’. Mereka yang mengusahakan laman web ini kebanyakannya berada di Kanada. Oleh kerana tenaga pengajar tersebut ada membuat kursus intensif Bahasa Arab di Toronto, mereka telah merakamkannya dan diletakkan di Youtube untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar menggunakan buku Madinah Arabic oleh Dr. V. Abdur Rahim.
Saya ada menyebut tentang tenaga pengajar LQ Toronto berasal dari Pakistan. Dalam video kursus, beliau ada mengemukakan formula2 yang diadun dalam bentuk irama2 ala2 lagu Hindustan. Sangat menyeronokkan..kelakar pun ada. Tapi yang paling penting dapat ingat dengan mudah! Masha Allah. Bila2 teringat je saya ulang2 irama tu dan lekat dalam otak.
Boleh saya simpulkan cara beliau mengajar sangat mudah untuk saya faham. Medium adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak ‘complicated’.
Ketika beliau mengajar buku 1 Madinah Arabic, mula2 saya rasa masih mudah..tetapi bila hampir habis buku 2, saya dah merasakan ‘kepanasan otak’. Heheh…Bahasa Arab seolah2 seperti belajar matematik. Banyak formula. Hafal formula insha Allah boleh selesaikan masalah yang diberi.
Saya mengambil masa dalam dua hingga tiga jam sehari untuk menghabiskan satu jam video. Ini termasuk membuat nota, melakukan latihan dan mengulangkaji. Tetapi adakalanya saya ambil sampai seminggu kerana ada bahagian yang perlu saya ‘refer’ di video2 sebelumnya untuk saya faham sefaham2 nya. **Aduhai bahasa Malaysiaku..T_T**
Mengenai buku Madinah Arabic pula. Hmm..saya rasa Dr V. Abdur Rahim ni sangat ‘genius’! Masha Allah. Setiap unit tak haru biru. Sangat ‘simple’. Bila masuk Unit 2 – bertambah sedikit dan seterusnya. Saya tak rasa lemas dengan sogokan maklumat. Rileks rileks saja.
Setiap unit dimulakan dengan dialog perbualan harian dan dari situ setiap perkataan diberikan makna dan setiap tatabahasa dalam ayat yang digunakan dalam dialog itu dihuraikan dengan baik.
Cuma, pada mulanya dialog tersebut ada juga baris (fathah, dhammah dan kasrah) untuk memudahkan bacaan, lama kelamaan semua baris sudah hilang dan kita kena hafal perkataan yang digunakan dalam dialog cara membacanya. 
Tetapi tidak menjadi masalah sangat sebab perkataan itu sentiasa diulang2 di dalam setiap unit. Insha Allah kita akan dapat ingat.
Apa yang saya dapat simpulkan dari pengalaman saya, gabungan tenaga pengajar LQToronto + buku Madinah Arabic = penguasaan tatabahasa bahasa Arab yang kukuh.
LQToronto mempunyai sumber bahan belajar yang banyak dan boleh dimuat turun disana. Semuanya percuma. Saya muat turun dan ‘print’ saja. Boleh muat turun disini: http://www.lqtoronto.com/downloads.html
Apa yang seorang pelajar melalui internet perlukan:
  • Niat yang kukuh
  • Masa
  • Disiplin
  • Motivasi
  • Kerja Keras
  • Doa

KIBAR

KIBAR bermaksud Kursus Intensif Bahasa Arab.
Buku KIBAR dihasilkan oleh Ustaz Rusdi berharga RM95 (tidak termasuk kos pos). Pada mulanya saya cuma pergi ke laman www.ustazrusdi.com dan di sana ada kelas bahasa Arab yang boleh dimuat turun secara percuma.
Ustaz Rusdi pernah menjadi salah seorang panel untuk slot Hayya Bil Arabiah di radio IKIM.
Apa yang saya suka tentang KIBAR adalah ‘approach’ yang diambil oleh Ustaz Rusdi untuk mengajar bahasa Arab dari sudut ibadat harian yang kita lakukan iaitu bacaan dalam solat dan wirid.
‘Straight to the point’ ..ini yang kita perlukan untuk lebih khusyuk dalam solat, kan?
Pelajar2 di dalam video beliau kebanyakannya adalah golongan seperti ibu2 dan bapa2 kita..40-an ke atas. Jadi Ustaz Rusdi mengajar tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Setiap unit video dimulakan dengan doa yang akan dipelajari untuk hari tersebut. Setiap perkataan dalam doa tersebut diterangkan maknanya, tatabahasanya dan formula untuk mengingatinya.
Saya tidak ada buku KIBAR pada mulanya sebab tinggal di Madrid tetapi saya rasa tidak menjadi masalah kalau tidak membeli buku tersebut, JIKA sekurang2 nya sudah habis belajar buku 1 dan 2 Madinah Arabic.
Oleh kerana saya sudah habis buku 1 dan 2 Madinah Arabic, maka saya tidak ada masalah untuk ‘refer’ kepada mana2 tatabahasa yang dinyatakan dalam video2 KIBAR asas doa dan wirid beliau. Boleh muat turun video2 tersebut di sini.
TETAPI ada kalanya saya rasa perlu untuk saya membeli buku beliau kerana saya suka sesuatu yang fizikal bila saya belajar bahasa. Boleh pegang dan lihat. ‘old fashion’..hehe
Akhirnya, apabila ada sahabat ingin datang ke Madrid, saya pesan buku KIBAR untuk dibawa dari Malaysia. Alhamdulillah.
Kesimpulan dari pelajaran KIBAR, ada kalanya Ustaz Rusdi ‘skip’ sesuatu tatabahasa sebab kelas dalam video beliau adalah kelas asas, bukan kelas lanjutan. Tatabahasa yang lebih ‘advance’ tidak di ajar dalam kelas asas.
Tapi bagi mereka yang mempunyai tahap ‘curiousity’ yang tinggi untuk ambil tahu juga, maka kenalah ambil kelas lanjutan Ustaz Rusdi dan anda boleh daftar di sini (bagi penduduk Malaysia Barat).
Video untuk kelas lanjutan juga ada di laman beliau: www.ustazrusdi.com

IAP

IAP adalah ‘Intensive Arabic Program’ yang dianjurkan oleh universiti atas talian iaitu Islamic Online University atau lebih mudah disebut IOU. Pengasas IOU adalah Dr. Bilal Philips, seorang ilmuwan Islam yang sangat saya ‘respek’. Masha Allah.
Kenapa saya masih ambil kursus IAP ini walaupun dah belajar bahasa Arab dengan LQToronto dan KIBAR yang percuma?
Pertama, kerana saya ingin belajar bahasa Arab dengan lebih tersusun, dengan guru yang berbeza, dapat saya ajukan kemusykilan bila ada dan lebih penting dari itu saya ingin menilai tahap kefahaman dan kecekapan bahasa Arab saya dengan mengambil peperiksaan di IOU.
Kedua, kos yang mampu-belajar untuk saya kerana saya tidak bekerja dan tidak menguasai bahasa Sepanyol dengan baik kalau nak ambil kelas bahasa Arab di sini. 🙂
Saya baru sahaja memulakan kursus IAP ini sejak September 2016. Setakat ini kami menggunakan buku yang ditulis oleh Dr. Bilal Philips yang bertajuk ‘Arabic Grammar Made Easy’. Boleh dibeli di sini tetapi kalau belajar di IOU, buku tersebut boleh dimuat turun saja disana.
Dr. Bilal mengambil ‘approach’ yang berlainan sedikit dari buku Madinah Arabic. Setiap unit dimulakan dengan perkataan yang paling kerap digunakan oleh bangsa Arab. Unit kedua perkataan kedua paling kerap digunakan dan ‘pattern’ yang sama untuk unit2 seterusnya.
Perlu diingat IAP adalah kursus intensif dan banyak sudut yang tidak dapat tidak, pelajar perlu bekerja lebih keras untuk memahami sesetengah tatabahasa yang tidak diterangkan dengan lebih ‘detail’ oleh pengajar.
Oleh itu, IOU bukan saja ada tutorial yang boleh dimuat turun, tetapi dalam satu semester ada beberapa kali ‘live-session’ dilakukan oleh ‘tutor’ untuk pelajar bertanya perkara2 yang mereka tidak faham dengan lebih lanjut.
Kalau kita lihat kurikulum IAP, untuk semester pertama menggunakan buku ‘Arabic Grammar Made Easy’ dan semester kedua menggunakan buku 2 Madinah Arabic. Telahan saya, mungkin semester pertama ini boleh kita katakan merangkumi tatabahasa dalam buku 1 Madinah Arabic.
Ini kerana, kalau saya tidak belajar bahasa Arab dengan LQToronto terlebih dahulu, saya rasa saya tidak dapat menguasai tatabahasa yang diajar dengan ‘stail’ IAP untuk semester pertama ini dengan baik. Hmmm…ini mungkin saya saja.
Sebab otak saya processor 380, lambat sikit :). Jadi antara ketiga2 modul bahasa Arab di atas, saya lebih menyukai modul LQToronto.
Saya rasa bagi sesiapa yang boleh memahami bahasa Inggeris, lebih baik bermula dengan LQToronto dan jika berbahasa Melayu saja, gunakan KIBAR.
Tapi secara kesimpulannya, LQToronto, KIBAR dan IAP melengkapi satu sama lain. Saya tidak mengatakan LQToronto terlalu sempurna tapi ada ilmu2 dalam KIBAR dan IAP yang tidak dinyatakan oleh pengajar di LQToronto.
Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Banyak guru, lebih ilmu, lebih pemahaman.
Kembali kepada niat asal di atas – ulangan:
Niat saya, 
suatu hari nanti saya akan dapat solat dengan khusyuk kerana saya faham apa yang saya baca dalam solat (taklah sentiasa menerawang je atau separa sedar)
DAN
saya dapat baca Al-Quran tanpa terjemahan. Dapatlah saya lebih cepat menghafaz dan membetulkan tajweed.
Bi iznillah.
Semoga Allah menerima usaha saya untuk memperbaiki amal dan ibadah kepadaNya. Amin.
RELATED:  Visionaire Ramadan
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of