Parque Del Oeste Rose Garden Madrid

Alhamdulillah, terima kasih pada adik pelajar dari Malaysia ni yang sudi ajak pergi jalan2 melawat Parque Del Oeste Rose Garden Madrid. Musim panas yang mencabar ni kalau ikutkan perasaan memang nak duduk rumah je. 🙂
Parque – Park – Taman
Del – de el – of the 
Oeste – West – Barat
Sikit je la ye..nanti banyak2 tak larat nak hapai..hihi. 
Kenapa nama dia Taman Barat sebab kedudukan dia adalah di sebelah barat laut bandar Madrid. Antara utara dan barat. Boleh tengok peta di bawah. 
Sebenarnya kalau jalan kaki dari Plaza de España ni dekat je dalam 15 minittapi adik ni nak jumpa dekat stesen Principe Pio, ok jugak sebab tak pernah berhenti lagi dekat stesen ni. Dari stesen Metro atau Cercanias Principe Pio cuma tujuh minit.
Dekat Principe Pio pun ada pusat membeli belah yang dipanggil ‘centro comercial’ dalam bahasa Sepanyol. Sebutan..tsentro komertsial. ‘ts’ tu bunyi macam huruf Ř«.
Cantik stesen ni, teringat dekat stesen KL Sentral kat Malaysia. Stesen ni ada Metro dan Cercanias. Saya naik Cercanias macam gambar di bawah ni sebab stesen Cercanias dekat dengan rumah saya.
Tapi kenapa tak ramai orang ye kat stesen ni? (Gambar atas). Sebab sekarang musim panas. Sekolah dan universiti cuti musim panas tiga bulan! 
Contohnya, kelas bahasa Sepanyol saya 22 Jun sudah mula cuti dan 18 September baru mula balik. Boleh? Jadi ibu bapa kat sini pun ambil peluang untuk pergi bercuti. Madrid jadi lengang kecuali kawasan pelancong sebab orang2 dari luar Sepanyol pun nak datang tengok Madrid.
Musim panas di Madrid..hmm..sebab saya orang Malaysia jadi tak berapa gemar nak jalan bila panas2 ni. Panas di Madrid tak sama macam di Malaysia. Sekurang2nya di Malaysia panas lembap dan boleh tahan lagi. Kat sini panas kering, kulit saya pijar macam baru lepas redam tangan dalam air lada kering rasa dia. Subhanallah. Jenis kulit sensitif dan manja hehe. 🙂
Ok, dari Stesen Principe Pio, keluar dari pintu Paseo del Rey. Bawah papan tanda tu tong sampah yang di ‘vandalized’. Sini banyak macam ni, pintu2 kedai, tong sampah, keretapi pun habis kena graffiti. Ada yang cantik, ada yang menyakitkan mata.
Bila keluar dari stesen, adik tu dah tunggu lebih 20 minit di luar. Dia kata masa tunggu saya, tak ramai orang dekat situ dan tiba2 ada orang mabuk / orang tengah ‘high’ mintak duit kat dia kata nak beli tiket metro. Hmm…
Saya pernah kena tegur dengan orang macam ni. Cikgu saya nasihat kalau ada orang macam ni, tanya dia nak tiket pergi mana? Kita belikan untuk dia. Pasti lepas tu dia akan menyumpah kat kita sebab dia nak duit beli benda2 yang mengkhayalkan..dadah dan sebagainya bukannya dia nak beli tiket. Tipu je tu. Hati2 ye.
Dari stesen Principe Pio kami jalan kaki sikit naik tangga – jangan ikut aksi ini kalau tidak sihat..keke..letihhhhh (gambar atas) sebab kami nak piknik kejap. Adik ni buat pisang goreng dari pisang tanduk dan saya pula buat Tortilla Sepanyol (gambar di bawah). Bukan Tortilla Mexico ye..lain dari yang biasa kita bayangkan.
Kami makan sambil ditemani pekerja Medio Ambiente memotong rumput dan beberapa ekor anjing yang comel bersama tuan2 mereka. Anjing lalu lalang depan kitorang tapi dia tak pulak berhenti mintak makanan. Alhamdulillah. Kalau tak mesti kitorang cabut lari..hehe. Taman yang kami piknik ni bersebelahan dengan Templo de Debod.
Lepas gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati,Alhamdulillah, kami pun turun cari pintu masuk ke Parque Del Oeste Rose Garden. Turun tangga tak mengah.
Tiada bayaran untuk melawat Parque Del Oeste Rose Garden ni. Percuma. Cumanya kami dah terlepas waktu musim bunga ros mekar semekar2nya iaitu masa pesta bunga ros 19 Mei yang sudah. Apa yang tinggal adalah saki baki bunga. T_T
Seperti kebanyakan taman2 di Madrid, ada waktu untuk masuk dan untuk Parque Del Oeste Rose Garden adalah dari pukul 10 pagi hingga 9 malam dan kebanyakan taman ada pagar jadi jangan sampai terkunci dalam taman ye.
Untuk maklumat lanjut boleh lihat laman ini: http://www.concursorosasmadrid.com/

Alamat Taman: Rose Garden of Parque del Oeste, Calle Rosaleda, 2, 28008 Madrid

Sampai sini saja. Hasta luego!
RELATED:  Lunch at El Ladrillo, Granada
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of