Budaya tip di Spain

Seingat saya di Malaysia tiada budaya tip. Tidak pasti kalau sekarang ada dilakukan. Mungkin juga di restoran2 yang ekslusif tip diberi kepada pelayan2 yang memberi servis terbaik.
Kenapa saya nak cerita pasal budaya tip hari ini sebab baru2 ini kami pasang router fiber internet dirumah sebab sambungan internet kami sebelum ini sudah macam kura2 daaaa…
Kemudian sebelum juruteknik yang pasangkan router ni pulang, suami saya tanya kalau saya ada 5 euro ke tak? Saya tanya untuk apa? Dia kata bagi tip sikit kat juruteknik tu sebab penat dia pasangkan kabel dalam satu jam macam tu.
Hmm..saya tak faham. Bukankah mereka dah dapat gaji setiap bulan? Ini memang kerja mereka kan?
Masa saya mula2 datang ke Madrid, kalau kami makan di restoran untuk menu tengahari macam 12 euro seorang, suami akan bagi 2 euro atau lebih kepada pelayan. Kalau kami cuma minum petang macam minum kopi dan croissant saja, dia tidak bagi tip.

Perkataan tip dalam bahasa Sepanyol dipanggil ´propina´. Dari pembacaan saya budaya tip ini sebenarnya adalah satu tajuk yang menjadi sumber perdebatan di kalangan mereka. 

Budaya tip di Spain bukanlah satu tradisi seperti di Amerika dan mereka orang2 Spain, suatu waktu dulu rasa sangat pelik kenapa kena tinggalkan tip di restoran atau bar.
Tetapi ada dikalangan mereka yang mengatakan pemberian tip adalah satu cara untuk menunjukkan rasa terima kasih dan menunjukkan bahawa pelayan melakukan tugasnya dengan baik.
Di Spain, sesetengah orang meninggalkan tip jika mereka fikir perkhidmatan itu sangat baik, tetapi jika tidak, mereka tidak akan meninggalkan tip.
Di Spain juga, pelayan menerima gaji tetap. Kalau seorang pelayan menerima tip, itu adalah wang yang mereka terima sebagai bonuslah. Nampaknya perdebatan tentang tip di sini bukanlah dari tradisi tapi bergantung pada perkhidmatan yang diberikan sama ada bagus atau tidak.
Ramai orang Spain fikir yang makan di restoran mahal dan tidak mahu membayar lebih untuk tip. Ramai yang berpendapat bahawa tidak ada tip diberikan dalam pekerjaan lain juga, dan tugas pelayan pun tidak berbeza.
Nampaknya pemberian tip ni bergantung kepada tempat yang kita lawati. Kalau macam di Amerika seperti menjadi satu kewajipan untuk beri tip.
Tapi seperti apa yang dilakukan oleh suami saya kepada juruteknik, dia kata ini budaya di sini. Kalau dia pergi kerja di rumah2 orang Spain, mereka selalu bagi dia tip yang banyak. Jadi macam membalas baliklah..:)

Jadi, bagi tip atau tidak bagi tip?

Mudah saja. Tidak ada budaya tip di Spain. Kalau rasa nak beri, berilah. 🙂
Tapi suami saya kata, kalau juruteknik tu orang Maghribi, mesti dia tak nak tip tu..hehe. Wallahualam.
Sumber rujukan: Gastronomia, El pais
RELATED:  Tahun Baru Cina di Madrid
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of