Sevilla 2H1M – Bahagian 3: Kafe Pan y Piu

Ok..ini sambungan dari Sevilla 2H1M – Bahagian 2. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk disambung penulisan ini. لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ  Tiada perubahan dan kekuatan kecuali dengan Allah. 
Selepas kami tinggalkan beg kami di Hostal Pension Catedral, kami terus melangkah ke tujuan seterusnya iaitu sarapan! Perut dah main lagu keroncong dan sasaran kami ialah Kafe Pan y Piú. Jam dah menunjukkan lebih dari pukul 10 pagi apa lagi, vamonos! ¨Let’s go!¨

Tak jauh kafe ni dari hostal kami. Cuma dalam 7 minit jalan kaki. Tapi lebih lama dari tu sebab kejap2 ambik selfie, kejap2 ambik video la bagai. Subhanallah. Cantik Sevilla ni. Syukur sebab kawasan ini tak berbukit macam Granada. Kalau tak boleh goyang lutut macik hehe. 

Bila jalan2 di mana2 kawasan di Andalusia ini  ada rasa sakit, pedih di jiwa kerana mengenangkan sejarah keruntuhan Islam di bumi sini. Marilah kita belajar dari kesilapan kita dan mengubah perspektif kita dalam mengenal Allah dan Islam. Insha Allah. Boleh tengok video oleh Dr. Tariq Al Suwaidan untuk membuka minda kita dan senarai video beliau saya tulis di dalam post ini – Iktibar dari sejarah Andalusia.
Berdekatan dengan Kafe Pan y Piú ni ada Supermarket Dia. Barang2 di sini jauh lebih murah kalau nak beli air mineral ke dan lain2. Berus gigi, ubat gigi, shower gel boleh beli di sini sebab Hostal Pension Catedral tak sediakan. 
Baiklah, mari kembali kepada cerita sarapan kita ye..:) Warna bangunan kafe ni lebih kurang sama je dengan hostal kami. Bagus juga di letak dinding kaca, kalau tidak memang kami tak perasan yang ini adalah kafe. 
Sebenarnya kami baca banyak review dari Trip Advisor tentang kafe ni terutama pilihan sarapan yang banyak dan yang paling tak sabar kami nak cuba adalah croissant di kafe ini yang menjadi kegilaan. Croissant ni elok makan pagi2 sebab dia masih rangup kalau waktu petang dia macam dah lemau sikit. 
Tengoklah kami yang tamak ni. Sekali ambil tiga terus dan saiz dia besar. Bahagian atas Croissant coklat dengan jem raspberry, kiri bawah- Croissant inti coklat, kanan bawah – Croissant mentega. Saya jarang jumpa croissant yang sedap. Di Madrid berdekatan Masjid M30 ada satu kafe kegemaran saya – Kafe Polenta. Croissant di sini…da bong!! Two thumbs up..Masha Allah.
Kami kenyang sampai petang dengan croissant dari KafePan y Piu! Alhamdulillah. Ramai pelancong yang mengunjungi kafe ni dan seperti biasa saya jumpa ramai orang Korea (seperti yang di belakang kawan saya tu) heheh..lepas la jugak rindu kat Korea, sikit..:) 
Oh ye, kos sarapan kami, 3 croissant dan dua café latte – 7,20 euro. Bagi saya harga dia ok je. Kalau biasanya di mana2 kafe rata2 2 euro untuk secawan café latte dan croissant mentega. Cuma croissant di kafe biasa tak lah da bong! 🙂
Laman web : http://panypiu.es/tienda.htm
FaceBook: https://www.facebook.com/panypiu/
Peringatan: Kalau datang Sevilla musim panas antara Julai-September, ada masa2 mereka tutup kafe selama sebulan. Jadi kena tengok Facebook atau laman web mereka untuk maklumat lanjut. 
RELATED:  Madrid to Toledo by Train
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of