Doa Mendoakan

Awal bulan Mac tahun ini,  bermula satu lagi semester baru di Islamic Online University (IOU) untuk Intensive Arabic Program (IAP). Berbaki lagi satu tahun, debar dan terus berdebar.
 
Ya Allah, permudahkanlah urusan ini untuk aku pulang kepadaMu, jadikanlah ia sebagai hujah bagi ku di padang akhirat dan kurniakanlah keredhaanMu atas usahaku. آمين.
 
Doa mendoakan adalah tajuk post kali ini kerana bersangkut paut dengan pelajaran siri pertama dalam semester ini kerana terdapat banyak  doa-doa yang dinukilkan dalam dialog siri ini.
 
Doa ini juga boleh dipraktikkan untuk kehidupan seharian. Kami masih menggunakan Buku 3 Madinah Arabic dan semester ini kami mula dengan Siri 18 dari buku ini tapi di IOU, ia diubah menjadi Siri 1.
 
Antara doa yang terdapat dalam Siri 1 ini adalah:
 
فَرَّحَكَ الله دائِماً ياأُسْتاذُ
Yang bermaksud: Semoga Allah menggembirakanmu wahai ustaz
 
Tapi secara literal – Allah telah menggembirakanmu wahai ustaz
 
Ustaz saya menerangkan bahawa doa ini adalah dalam fiíl madhi (kata kerja yang sudah berlalu) atau past tense dalam bahasa Inggeris. فَرَّحَ adalah kata kerja dari Fiíl maziid fihi BAB nombor dua dan kalau tengok gambar di bawah, saya boleh terangkan dengan lebih jelas.
فَرَّحَ adalah dalam BAB nombor 2 (II – dalam gambar atas-kiri). Bila saya cari dalam kamus Hans Wehr ( boleh cari online di link ini: Etjaal); saya tak boleh terus cari menggunakan perkataan tu terus. What you gugel you don´t get. Hehe..
 
Kena cari menggunakan root word dia iaitu فرح (dalam gambar atas-kanan), dan lepas tu turun ke bawah untuk cari BAB nombor II, barulah kita dapat tahu makna sebenar فَرَّحَ. Bahasa Arab yang sangat2 tersusun dan indah membuatkan saya jatuh dan terus jatuh cinta dengannya. ما شاء الله‎
 
Oh ya, semester ini kami mula belajar BAB untuk Fiíl maziid fihi yang membuatkan pelajar2 bahasa Arab rasa nak pengsan!! Hehe..ada 9 BAB (pattern) semuanya..tak campur Fiíl mujarrad lagi. Oh tidakkkk…
 
Tapi jangan risau, macam saya kata Bahasa Arab ini sangat tersusun, organized!. Ada saja pattern yang kita boleh guna ataupun formula, macam matematik. Ingat formula, boleh cari jawapannya. إن شاء الله
 
Baiklah, jauh betul dah ni lari dari tajuk. Pusing satu dunia..hehe. Penulisan di atas ini cuma bunga2 bait2 cinta untuk pencinta bahasa Arab atau sesiapa yang berkobar2 nak belajar bahasa Arab. Tapi cerita yang saya nak nukilkan sebenarnya adalah begini…
 
Ustaz saya cerita tentang budaya orang Arab yang suka doa mendoakan walaupun hanya ketika berbual2 kosong bersama rakan2 atau contohnya antara murid dan guru di dalam kelas seperti dialog dalam gambar di atas yang mana seorang murid mendoakan gurunya di hadapan guru itu tanpa perlu menunggu hinga tiba waktu solat baru berdoa atau ketika dia bersendirian.
 
Keadaan sebegini juga telah saya saksikan beulang kali contohnya apabila mendengar suami saya bercakap bersama kawan2 nya melalui telefon atau ketika di luar. Antara doa yang selalu saya dengar suami saya sebut adalah:
 
Allah Yarham waldik  الله يرحم والديك 
Yang bermaksud: Semoga Allah merahmati ibubapamu
 
Saya pernah bertanya pada suami, kenapa dia dan kawan dia asyik sebut doa ni? Dalam 10 minit perbualan telefon, nak dekat 10 kali jugak dia ulang2 doa ni.
 
Dia kata budaya Maghribi memang sentiasa mendoakan ibu bapa masing2 dan kalau bertanya khabar, mereka akan bertanya khabar ibu bapa masing2 juga. Hati saya cair sangat bila dengar ni. Betapa indahnya. Hati saya memang cepat tersentuh dengan hal2 sebegini. Hehe..
 
Juga ketika bersama2 rakan sepengajian Al-Qurán di Masjid Estrecho. Kita berbual2 saja2 macam biasa, sekejap2 terpacul doa dari mulut mereka. Tapi tidak pula mereka sebut آمين setiap kali doa dibacakan.
 
Perasaan saya, seronok sangat bila dapat dengar mereka mengeluarkan doa2 yang baik2 untuk rakan2 mereka. Waktu itu juga saya terfikir, alangkah seronoknya kalau kita orang Melayu juga begitu. Tidak semestinya dalam bahasa Arab, bahasa Melayu pun ok je.
 
Kadang2 bila kita berbual2 bersama rakan2, ada yang sebut begini:
 
Eh, ko doakan aku lulus exam k?
Awak, tolong doakan ayah saya cepat sembuh k?
Tolong doakan kite dapat jodoh cepat k?
Jangan lupa doakan k?
 
Dan bermacam2 lagi..selalu saya dengar macam ini.
Tapi jawapan kita adalah biasanya..إن شاء الله. Lepas tu, mungkin kita ingat atau mungkin juga tidak untuk doakan dia. Hmm…apa kata, bila ada sesiapa yang pinta doa dari kita, dan dan tu jugak kita terus doakan untuk dia hatta dalam Whatsapp sekalipun.
 
Terus tulis doa tu masa kita tengah chat dengan sesiapa yang meminta didoakan. Inilah salah satu keunikan budaya Muslim Arab yang baik yang saya dapat lihat disini dan sesuatu yang bagus untuk kita praktikkan. Doa mendoakan.
 
Semoga bermanfaat.
RELATED:  Islamic Cultural Center of Madrid
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of