Apam Balik Martabak Manis

Setiap Ahad, jam lima petang ada kelas agama di Masjid Estrecho untuk Muslimah. Saya dan teman sebolehnya cuba untuk buat atau bawa sedikit kuih untuk minum petang. Oleh kerana saya tengah ‘naik hantu’ mencari resepi Apam Balik yang ‘pasti’ menjadi dan baik hasilnya maka saya cadangkan pada kawan saya untuk buat Apam Balik atau di Indonesia dipanggil sebagai Martabak Manis.

Jangan bayangkan Martabak Manis ni macam martabak atau murtabak yang biasa kita makan di Malaysia. Nama je Martabak Manis tapi sebenarnya apam balik.

 
Di Masjid Estrecho, saya seorang saja dari Malaysia yang ke kelas. Saya belum pernah lagi jumpa rakyat Malaysia lain yang pernah datang ke kelas, baik kelas agama atau kelas Al-Qur’an. Rata-rata yang saya jumpa cuma pelancong dari Malaysia. Jadi kawan-kawan yang saya kenal di Madrid ini adalah rata-rata dari Indonesia. 
 
Banyak yang saya belajar dari mereka. Dari segi ukhuwah, dari segi bahasa dan dari segi budaya. Indonesia terlalu besar dan terlalu banyak bahasa! Walaupun bahasa Malaysia/Melayu adalah dari rumpun yang sama tapi banyak sangat perkataan yang sama tapi definisi berlainan. Kadang-kadang boleh buat fenin kepale macik! 🙂 Yang ini saya cerita di ‘post’ lain Insha Allah.
 
 
Kembali ke tajuk Apam Balik Martabak Manis. Saya telah cuba banyak resepi Apam Balik tapi rata-rata tak jadi macam apa yang saya inginkan, macam yang saya beli di pasar malam di Malaysia. Sehinggalah saya bertemu dengan Channel Youtube Sobat Dapur. Masha Allah. Boleh saya katakan kalau kita dapat ikut 100% cara yang beliau ajar, hasilnya pasti baik. Bi iznillah.

Ini resepi beliau yang saya cuba:

Bahan-bahan dari resepi semua ada dijual di sini kecuali vanili, saya tukar dengan vanila dalam bentuk cecair. 
 
Tips:
 
  • Pastikan guna api yang kecil dan kuali (pan) mestilah yang masih baru atau anti-lekat. Kalau tidak, susah nak keluarkan apam balik dari kuali.
  • Perlu kesabaran yang tinggi.
 
Sebenarnya percubaan kami untuk buat kuih muih dari Malaysia dan Indonesia ke kelas agama adalah untuk memperkenalkan budaya kami juga. Sebabnya, susah sangat untuk menembusi selera tekak orang-orang Arab di kelas kami terutamanya dari Morocco / Maghribi. 
 
 
Kalau kuih tu lembik atau nampak pelik sikit, memang tak lakulah nampaknya. Tapi kalau biskut atau yang dari oven, yang hasilnya kering; rata-rata akan makan. 
 
Kami pernah bawa:
 
  • Kuih lapis
  • Kuih pau
  • Pisang goreng
  • Dodol
  • Kuih Kacang Kasturi 
 
Tapi tak laku!! Hahah..Sebab isinya lembik. Sebelum saya bawa kuih muih yang kami buat ke kelas, orang pertama yang akan makan kuih ni adalah suami saya. Kalau dia boleh makan kuih ni, maksudnya boleh la orang-orang Arab makan. 
 
Suami saya makan tiga potong Apam Balik ni! Amazing!! Hahaha..Bila pergi kelas, rata-rata kata yang apam balik ni sedap sangat. Sister yang duduk sebelah saya dan depan saya pun makan 3 ke 4 keping!
 
Bila saya tanya..Kenapa dia suka makan apam balik? Sebab..di Morocco/Maghribi ada kuih yang lebih kurang sama macam ni tapi tak ada isi atau ‘filling’. Namanya ialah Baghrir. 
 
 
Ini baghrir yang saya buat sendiri. Boleh baca di sini: Cherry Blossoms at Retiro Park. Lebih kurang sama kan macam dalam gambar apam balik di atas sebelum ditabur dengan bahan-bahan isi? Dari sini saya belajar yang orang Morocco / Maghribi boleh dipikat dengan kuih muih yang ada persamaan dengan kuih mereka. 🙂
 
Satu lagi tip untuk memikat hati lelaki Morocco atau Maghribi. 🙂
Share

You may also like...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of