Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun Bercerai?

Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun Bercerai?

Lama tak cerita tentang Korea. Rindu le tuu…Hahah. Bila dengar tentang Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun bercerai terus rasa..oh satu lagi pasangan artis Korea bercerai. Mudahnya.
 

Masa Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun tunjukkan alam perkahwinan mereka dalam ‘Newlywed Diary’ terdetik dalam hati saya pasangan ini seperti tak serasi. Heheh…entah la, firasat saya je.

Sumber: KoreaPortal
 
Sebab banyak sangat ‘clue’ pelik-pelik lebih-lebih lagi dari Ku Hye Sun. Sorry peminat Ku Hye Sun..ini pendapat saya je. Jangan quote ye.
Masa AJH kata KHS tak pernah tanpa mekap depan dia – Suami sendiri kot, come on la…’Be comfortable in your own skin’! Bukan harapkan mekap je..
 
Masa KHS kata dia boleh masak satu benda dan kalau tak habis besok boleh makan lagi baki tu, tak macam suami dia, bila masak sentiasa penuh dengan ‘detail’ bila ‘serve’ makanan tu – Kat sini dah rasa, ahhhh..KHS masih buat perangai sebelum dia kahwin..
 
Dan banyak lagi ‘clue’ tapi malas lah nak taip banyak sangat..

Pagi ni kat Youtube ada terlihat video dari Asian Boss yang disyorkan iaitu tentang Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun Bercerai:

Saya tengok sampai habis tapi dalam banyak-banyak orang yang ditanya, satu ahjumma pakai baju ungu dalam video ni bagi komen yang tepat sangat-sangat di minit 6:19:

“Why do you think it’s so easy to get a divorce?”

The times have changed.

Things change quickly.

RELATED:  Hans Alimentacion
People are too busy these days, so they don’t have time to pay attention to others.
 
So relationships fall apart and people are much colder now.

In the past, people used to help each other out and comfort each other.
But now, people are so busy they don’t have time to care about others.Tepat sekali..sedih kan?
 
Too busy – sibuk sangat
Don’t have time – tak ada masa

People are much colder – manusia makin sejuk?? sejuk – hati kering, buat hal sendiri, malas nak ambik pot hal orang lain, kau-kau aku-aku..harta suami harta aku, harta aku harta aku..:)Generasi akan datang akan hidup macam ni ke?
 
Jatuh cinta itu mudah.
Nikah itu mudah.
Nak membina rumahtangga itu payah. 
Nak kekal dalam perkahwinan itu susah.
Nak menjaga maruah pasangan itu sukar.
Nak bersabar dengan kerenah manusia itu sangat-sangat mencabar. 
Kalau masih nak buat perangai macam orang bujang dan tak boleh berkorban untuk pasangan, jangan gatal-gatal nak kahwin!
 
Hamboiii..marah sangak macik ye? Hehe.
 
 

Walaupun masih mentah usia perkahwinan kami, tapi terlalu banyak cabaran dan dogaan. Rumahtangga ini universiti kehidupan macam Ustaz Amin di IKIM selalu utarkan. Betul sangat-sangat. Kalau ada masa dengarlah.

 
Dulu masa saya kerja ‘customer service’, ingatkan kerja mengadap masalah orang kat telefon itu susah sangat lah. Alahai, tak dapat nak dibandingkan bila kita dah kahwin. 🙂
 
Kalau kerja ‘customer service’ boleh pura-pura senyum dan keluarkan suara yang lembut dekat ‘customer’ bila angkat telefon tapi dengan pasangan suami atau isteri belum tentu boleh ‘maintain’ ini.
 

Kadang bila dah hadap muka 24 jam setiap hari, minggu dan seterusnya mulalah keluar perangai sebenar ye tak?

RELATED:  Rumahtangga Universiti Kehidupan

Mana-mana pasangan yang nak berkahwin, saya galakkan sangat baca artikel-artikel ini di IIUM confession:

dan banyak lagi yang lain.

Semoga bermanfaat.

Share

You may also like...

1
Leave a Reply

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Anonymous Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Zarina,

I am Farah, recently arrived in Madrid for work. Appreciate if you can email me (faasfar@yahoo.com).

Thank you